Friday, 25 May 2012

20 Cara Nak Buat Roomate Jadi Gila



Ade bnyk cara utk kenekan roomate krng semua atau pn nk bg die gile sekejap,hahaha…n kt bwh ni ak senaraikan 20 cara-caranya:

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yg anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampung. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

krng try la wt,hahaha…kalo roomate krng x gler,krnglh yg akn gler,hahaha…

memang dasar,..!!!!!


okey..main kasar sikit..
say no to bajingan like this..

kalau u pakai baik..nicely..dia cakap u tak up-to-date.kampung.malu nak bawak pi majlis..

u pakai sexy or pakai cantik2..
dia cakap u ni slut and giler perhatian.

kalau u argue dengan dia..dia cakap u ni degil..kuat melawan.
kalau u diam..dia ckp u slow and stupid.

kalau u call dia selalu..everytime..
dia ckp u ni desperate..serabut..
kalau dia kol..
dia ckp u patut bersyukur i call u!

kalau u buat derk..buat tak tahu...
dia try to win u..mcm2 dia buat sampai u jatuh hati..

bila u melayan..u mencintai dan jatuh syg..
dia tinggalkan u..

kalau u tak nak @#%^ dgn dia..dia cakap..fine..u tak sayang i..

kalau u @#$%%^ dengan dia..
bila ade apa2 berlaku..bergaduh..dia cakap u cheap and easy..

kalau u duk pot pet pot pet mengadu problems u dgn dia..
dia ckp u ni giler annoying..irritating..manja nak mampus

kalau u tak share dengan dia masalah u..hal2 u..
dia ckp u tak percaya kat dia..dia cakap u tak pentingkan dia..

kalu u nasihat..tegur dia..
dia cakap u ni tak sedar diri..mcmlah u ni bagus sgt bla bla..

tp kalau dia nasihat u..lectures u..
dia cakap yg dia cares dekat u..

kalau u mungkir janji.u terlupa..
dia cakap dah la..u ni memang tak boleh percaya..

kalu dia plak mungkir janji..
dia cakap dia terpaksa..nak buat mcm ne..

kaalu u kantoi menipu..dia cakap..its over.i tak bleh maafkan u!

kalau dia menipu..
dia ckp..u should give me second chance..

realiti nye banyak kn??aduhh.. emang dasar kn??



dilemma..

have you ever been in this dilemma??

satu2 nya makhluk yang aku sayang adalah kau..kau dan kau..satu satunya orang yang aku berkenan dekat mata..melekat dekat hati adalah kau..even kawan kau lagi hensem tetap kau yang teratas.pendek kata..kau orang yang aku cintai pagi petang siang malam..

tapi sebanyak2 aku sayang kat kau..cinta kat kau..kaulah jugak yang banyak menyakiti hati aku melebihi orang lain..dalam 100% air mata yang keluar dari mata aku ni..99% adalah disebabkan kau..

kekadang tu..sikap kau memang macam celaka tahap gaban..kalau aku hitung2..kaulah manusia paling hampeh yang pernah aku kenal..bila dengan kau aku rasa macam aku berhutang dengan ceti haram..sebab nye..24 jam aku rasa takut aku dicederakan kalau tak bayar hutang..samalah jugak dgn kau..24 jam aku risau kau akan layan aku macam bulltahik bile aku tak dapat nak puaskan hati kau...sumpah aku rasa macam nak suruh kau buat bisnes ceti-ceti ni..konfum kau untung sebab kau lintah darat giler..
masalahnye..makin banyak aku kutuk kau kat dalam hati..kau jugak yang aku sayang mati2..

kadang2 aku saje je buat merajuk dengan kau sebab dah sakit hati sangat..saje nak bagi kau pujuk..saje aku jauh2 dari kau nak bagi kau kejar..masalahnya aku jauhkan diri..kau memang betul2 jauh..harem..
aku rasa macam aku je terhegeh2 kat kau..bila aku rasa aku je yang lebih2..aku betul2 tensen and nak lari dari kau..aku pikir buat ape nak pertahankan hubungan kalau hanye aku je yang jadik gengster nak pertahankan hubungan ni..masalahnye bile aku pergi jauh dari kau..aku tunggu jugak kau cari aku..and kau memang tak cari..aku buat2 ade hal ngn kau..sanggup call kau maki2 sebab nak cover malu..padahal aku tak leh tak de kau..
kenapa kau yang jahat ni jugak yang aku sayang?

orang terkejar2 aku...aku langsung tak pandang padahal orang tu kalau nak dibandingkan dengan kau..air kaki kau pon takde..kalau nak bandingkan baik nye orang tu..langit ngan bumi la..masalahnye kau jugak orang yang aku kejar2 even kau ade kat depan mata aku..betapa jauhnye hati kau dari aku..even kau kena tambat ngn tali kat tiang rumah aku pon..still aku kena kejar kau untuk dapatkan perhatian kau..

kenapa kau yang tak pernah tahu nak menghargai ni jugak adalah orang yang aku nak sangat2..kenapa makin aku rasa benci kat kau..makin aku nak kat kau..
bila aku fikir balik2..kau banyak buat aku sakit dari bahagia..
kau banyak buat aku nangis daripada ketawa..
masalahnye kenapa kau jugak yang aku syg giler2?

sayang tu boleh ubah semua benda sekelip mata!

Tuesday, 17 April 2012

Surat utk Bakal Mertuaku

Sebelum saya terus menggores kata dalam tulisan ini..
izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai calon ibu mertuaku,
.
 Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…
Saya bukanlah Khadijah ra, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia
Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya
.
 Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….
.
Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu 
Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu 
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu, 
.
Engkau tak perlu khuatir ibu,…
Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu,…
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu,….
.
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya…
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku,..
Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu 
.
Duhai, Calon ibu mertuaku….
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu…
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu….
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan…

Hadiah yang selalu kita LUPA,..!!!!

.Assalamualaikum !



Ehemm . Bunga , cincin , perfume , kasut atau apa saja material yang boleh dijadikan hadiah sudah tentu pernah korang terima sebagai hadiah pemberian daripada si dia yang tersayang kan . *Opps ! Nampak semua tu tak memadai . Sebenarnya , ada beberapa hadiah lagi yang si dia lupa untuk bagi kat korang . Apa benda tu ? Jom terjahhhh ...


:heart:  Hadiah Mendengar
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan dan korang hendaklah benar-2 mendengar apa yang dikatakan . Jangan mencelah , jangan berangan dan jangan merancang bagaimana korang nak membalasnya . Jika selama ni , si dia banyak bercerita dan kamu seorang pendengar yang setia ,
 si dia terlupa untuk memberikan korang hadiah tu .


:heart:  Hadiah Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas seperti 'Saya Sayang Awak' atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi .  Letakkan nota-nota ini ditempat yang tak disangka oleh orang yang dikasihi .


:heart:  Hadiah Ketawa
Berikan sesuatu yang melucuka seperti gambar kartun atau artikel . Mesejnya ialah , " saya suka ketawa bersama awak !"


:heart:  Hadiah Puji-pujian
Sesuatu yang ringkas seperti " warna pink memang sesuai dengan awak"  atau "Sedap betul masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia kurang keyakinan diri . Oleh itu , jangan hanya mahu dipuji . Cubalah puji si dia juga :)


:heart:  Hadiah Bantuan
Siapa yang akan datang menolong jika korang ditimpa masalah ? Siapakah ang bermain diminda korang saat korang memerlukan pertolongan ? Pertolongan seperti membaiki kereta korang di saat sedang rosak , bawa ke klinik saat korang sakit , hulurkan wang ringgit saat korang susah , sangat membantu dalam sesebuah perhubungan . Jika tiada semua tu , si dia nampaknya sudah terlupa .


:heart:  Hadiah Bersendirian
Ada pasangan yang sentiasa mahu berkepit 24jam . Ada pula yang sering mahu berada di sisi walaupun tidak memintanya . Ada ketika kita hanya mahu bersendirian . Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian .


:heart:  Hadiah Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria bersama orang-orang yang dikasihi . Berikan dia senyumana yang boleh diukir dengan ikhlas dan buatlah si dia ketawa dengan sikap 'sense of humor' korang..


:heart:  Hadiah Doa
Hadiah inilah yang sering dilupakan . Selalulah berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu si dia yang dirinya sentiasa berada di dalam doa kita . Pasti sejuk hati si dia mendengarnya . Biar pun tiada harta bernilai ratusan ringgit namun dengan bingkisan doa ini segala urusan harian dapat dipermudahkan ;)



** Huhu . Suka hadiah yang terakhir :) 

Monday, 16 April 2012

Ya Allah, bolehkah aku mecintainya,..???

Adakah cinta itu buta?
Apa yang dimaksudkan buta dalam bercinta?
CINTA tidak sebenarnya buta, walaupun CINTA tidak bermata
namun CINTA ada pada kita, dan kitalah yang menjadi mata
kepada CINTA. Dan mata itu terletak pada hati. Berjalannya hati
adalah melalui petunjuk dan cahaya yang telah ditetap kan oleh
ALLAH, bukan melalui nafsu.


Kenapa dikatakan cinta itu buta??

Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,

Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,

Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..

Sayang kenapa cintakan saya,.???

Bila ditanya dengan soalan “Sayang kenapa cintakan saya?”. Sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.
Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai.
Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah. Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan tertarik. Hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa bila mula bercinta.
Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cintakan akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan selaras dengan matangnya hubungan.
Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah. Berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta.
Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia menjadi kehidupan kita.
Cinta kini menjadi kehidupan. Pengkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.
Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita. Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza.
Yang sama hanyalah cinta… Cinta yang menjadi pengikat… Dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu.
Untuk jawapan kepada “Sayang kenapa cintakan saya?”
Lihatlah mataku, nampaklah dirimu. Sentuhlah hatiku, disitulah dirimu. Lihat hidupku itulah hidupmu dan tentunya, Aku Cinta Pada Mu.. :)