Tuesday 17 April 2012

Surat utk Bakal Mertuaku

Sebelum saya terus menggores kata dalam tulisan ini..
izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai calon ibu mertuaku,
.
 Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…
Saya bukanlah Khadijah ra, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia
Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya
.
 Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….
.
Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu 
Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu 
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu, 
.
Engkau tak perlu khuatir ibu,…
Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu,…
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu,….
.
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya…
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku,..
Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu 
.
Duhai, Calon ibu mertuaku….
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu…
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu….
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan…

Hadiah yang selalu kita LUPA,..!!!!

.Assalamualaikum !



Ehemm . Bunga , cincin , perfume , kasut atau apa saja material yang boleh dijadikan hadiah sudah tentu pernah korang terima sebagai hadiah pemberian daripada si dia yang tersayang kan . *Opps ! Nampak semua tu tak memadai . Sebenarnya , ada beberapa hadiah lagi yang si dia lupa untuk bagi kat korang . Apa benda tu ? Jom terjahhhh ...


:heart:  Hadiah Mendengar
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan dan korang hendaklah benar-2 mendengar apa yang dikatakan . Jangan mencelah , jangan berangan dan jangan merancang bagaimana korang nak membalasnya . Jika selama ni , si dia banyak bercerita dan kamu seorang pendengar yang setia ,
 si dia terlupa untuk memberikan korang hadiah tu .


:heart:  Hadiah Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas seperti 'Saya Sayang Awak' atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi .  Letakkan nota-nota ini ditempat yang tak disangka oleh orang yang dikasihi .


:heart:  Hadiah Ketawa
Berikan sesuatu yang melucuka seperti gambar kartun atau artikel . Mesejnya ialah , " saya suka ketawa bersama awak !"


:heart:  Hadiah Puji-pujian
Sesuatu yang ringkas seperti " warna pink memang sesuai dengan awak"  atau "Sedap betul masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia kurang keyakinan diri . Oleh itu , jangan hanya mahu dipuji . Cubalah puji si dia juga :)


:heart:  Hadiah Bantuan
Siapa yang akan datang menolong jika korang ditimpa masalah ? Siapakah ang bermain diminda korang saat korang memerlukan pertolongan ? Pertolongan seperti membaiki kereta korang di saat sedang rosak , bawa ke klinik saat korang sakit , hulurkan wang ringgit saat korang susah , sangat membantu dalam sesebuah perhubungan . Jika tiada semua tu , si dia nampaknya sudah terlupa .


:heart:  Hadiah Bersendirian
Ada pasangan yang sentiasa mahu berkepit 24jam . Ada pula yang sering mahu berada di sisi walaupun tidak memintanya . Ada ketika kita hanya mahu bersendirian . Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian .


:heart:  Hadiah Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria bersama orang-orang yang dikasihi . Berikan dia senyumana yang boleh diukir dengan ikhlas dan buatlah si dia ketawa dengan sikap 'sense of humor' korang..


:heart:  Hadiah Doa
Hadiah inilah yang sering dilupakan . Selalulah berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu si dia yang dirinya sentiasa berada di dalam doa kita . Pasti sejuk hati si dia mendengarnya . Biar pun tiada harta bernilai ratusan ringgit namun dengan bingkisan doa ini segala urusan harian dapat dipermudahkan ;)



** Huhu . Suka hadiah yang terakhir :) 

Monday 16 April 2012

Ya Allah, bolehkah aku mecintainya,..???

Adakah cinta itu buta?
Apa yang dimaksudkan buta dalam bercinta?
CINTA tidak sebenarnya buta, walaupun CINTA tidak bermata
namun CINTA ada pada kita, dan kitalah yang menjadi mata
kepada CINTA. Dan mata itu terletak pada hati. Berjalannya hati
adalah melalui petunjuk dan cahaya yang telah ditetap kan oleh
ALLAH, bukan melalui nafsu.


Kenapa dikatakan cinta itu buta??

Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,

Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,

Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..

Sayang kenapa cintakan saya,.???

Bila ditanya dengan soalan “Sayang kenapa cintakan saya?”. Sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.
Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai.
Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah. Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan tertarik. Hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa bila mula bercinta.
Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cintakan akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan selaras dengan matangnya hubungan.
Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah. Berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta.
Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia menjadi kehidupan kita.
Cinta kini menjadi kehidupan. Pengkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.
Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita. Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza.
Yang sama hanyalah cinta… Cinta yang menjadi pengikat… Dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu.
Untuk jawapan kepada “Sayang kenapa cintakan saya?”
Lihatlah mataku, nampaklah dirimu. Sentuhlah hatiku, disitulah dirimu. Lihat hidupku itulah hidupmu dan tentunya, Aku Cinta Pada Mu.. :)